Terdapat banyak persoalan kenapa perlunya kita mengambil herba dan supplemen. Terdapat segelintir yang tidak setuju dengan pengambilan herba secara harian. Ini kerana herba juga dianggap ubat dan ianya perlu diambil apabila perlu sahaja. Walaubagaimanapu terdapat pendapat yang menggalakkan herba diambil secara harian tetapi dengan jumlah yang sedikit. Sebenarnya tiada percanggahan yang besar sekiranya kita memahami kata-kata Paracelcus:
"Semua benda adalah toksik (racun). yang membezakan racun dan ubat adalah dos"
Sekiranya sesuatu ubat sekalipun, jika diambil dengan jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan keracunan. Oleh sebab itu, terdapat banyak kajian telah dibuat untuk memastikan ubat yang diambil adalah bertepatan dengan keperluan badan manusia. Antara yang diperkenalkan adalah "therapeutic window".
Therapeutic window adalah keadaan dimana kepekatan ubat dalam darah telah memadai untuk sesuatu ubat memberikan kesan yang diperlukan pada badan.
Gambar rujukan: https://www.healthxchange.sg/medicine-first-aid/medicine/five-tips-narrow-therapeutic-index-medication-warfarin
Kita kembali kepada keperluan mengambil herba. Pada setiap hari badan manusia akan sentiasa terdedah dengan radikal bebas. Radikal bebas merupakan pecahan atom yang sangat aggresif. Radikal bebas akan menyerang atom-atom bersebelahan mereka dan mencuri elektron atom-atom yang lain. Anda bayangkan radikal bebas ini menyerang sel-sel manusia. Banyak sel akan mati dan rosak. Sel yang mati akan diganti semula oleh sel baharu. Tetapi sel yang rosak akan berubah menjadi sel yang tidak normal. Sel ini membiak tanpa dihentikan dan bertambah. Akhirnya sel tersebut menjadi sel kanser.
Gambar rujukan: https://www.facebook.com/FlavettesMalaysia/photos/a.498525320180326/4730681086964707/?type=3
Apakah sistem badan manusia normal tidak mampu mencegah perkara ini berlaku? BOLEH... terima kasih kepada sistem antioksidan yang terdapat dalam badan manusia. Terdapat enzim yang sangat berguna dalam badan manusia ianya adalah superoxide dismutase, catalase dan glutathione peroxidase.
Enzim-enzim inilah yang membantu untuk merendahkan aktiviti radikal bebas.
Terdapat laporan kajian saintifik membuktikan herba mampu bertindak secara terus atau tidak terus. Secara terus adalah dengan mematikan aktitivi radikal bebas secara terus dengan kewujudan bahan aktif didalam herba tersebut. Manakala, secara tidak terus adalah dimana herba akan meningkatkan aktiviti enzim-enzim semulajadi yang terdapat dalam badan untuk menurunkan aktiviti radikal bebas.
Teruskan pembelajaran herba anda di TVKIOS, Kami sentiasa memberikan herba kepada anda. Subscribe, share dan komen anda akan membantu TVKIOS untuk lebih berkembang.
https://www.youtube.com/c/kiosmayosTV
Tajaan: Rasabhumi Herba Ekstrak Sdn Bhd
https://malaysiadata.com/company/dxgzxkm/rasabhumi-herba-ekstrak-sdn-bhd
Rasabhumi Herba Ekstrak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk-produk herba yang asli tanpa bahan kimia yang merbahaya. Rasabhumi mempunyai produk-produk herba yang baru yang sentiasa memberikan kesan yang baik kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan