Pandangan Herbapassion mengenai herba sudah tentulah akan lebih memberat kepada bagusnya herba jika diamalkan cuma ada herba yang boleh kita ambil sehari-hari ada yang kita hanya perlu ambil ketika perlu sahaja.
Bagi mereka yang mempelajari kimia organik, mereka akan menemui perkataan perkataan seperti compound, active compound, molekul, dan sebagainya. Bukan semua mempelajari bidang ini. Jadi, payah juga nak menerangkan betapa anda perlu tahu apa yang anda ambil. Ini kerana apa yang kita makan akan memasuki badan melalui penyerapan pada usus, kemudian bahan yang diserap akan pergi ke organ hati kemudian akan dibawa kedalam darah.
Bahan - bahan yang berada dalam darah akan sentiasa ditapis oleh buah pinggang dan akan dibuang melalui air kencing. Bukan semua herba adalah selamat. Contohnya seperti di link ini. TVKIOS sentiasa memberikan pelajaran herba kepada anda.
https://www.youtube.com/watch?v=urbaAZjErVY
Masalah utama bagi herba adalah dos yang diberikan atau digunakan oleh pengguna herba itu sendiri.
Bapa farmakologi dan toksikologi iaitu Paracelsus pernah berkata "semua benda adalah toksik atau beracun, yang membezakan ubat dengan racun adalah dos".
Tajaan: RasaBhumi Herba Ekstrak SDN BHD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan